Persembahan selingan Anugerah_Juara_Lagu_ke-10

Persembahan selingan kali ini memaparkan bakat lakonan, tarian dan nyanyian Aznil yang lincah diiringi kumpulan yang digelar "The Gambit". Mereka mengembalikan imbauan AJL sempena sedekad Anugerah Juara Lagu dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar! Penutup persembahan tersebut adalah Aznil menyanyikan lagunya yang bertajuk "Kaulah Bintang" sebagai dedikasi kepada pejuang seni muzik.